Menu

Aku bukan pocketrocketman

Aku bukan pocketrocketmanSituasi Azizulhasni mengingatkan aku beberapa perkara.
Masa aku nak apply untuk bantuan untuk dapatkan wilca letrik tu dimana satu jabatan kerajaan dah terlepas pandang dengan permohonan aku tu. Pegi berpuluh kali still pending lagi kes bantuan tu.
Teringat lagi masa tu aku dengan serabut nak masuk uni tetiba dengan wilca normal je ada. Terfikir macam mana nak gerak. Masa tu terpaksa mintak tolong kawan2 tolak pegi kelas. Sampai la masa tu ada satu sistem yang diwujudkan untuk buat aduan straight ke Pejabat Perdana Menteri.
alhamdulillah aduan dilayan. Dah setel tu officer jabatan tu jumpa mak aku dan cakap "Maaf puan kami terlepas pandang. Lepas ni tak perlu buat aduan lagi ya."
Sama juga bila aku minta upgrade facilities oku di zaman masih muda dan liar dulu. Terlalu banyak surat yang dihantar sampaikan hilang suratnya. Hampir mati akibat hidup facilities yang tak sempurna. Meeting sana sini. Lalu sekali lagi disuarakan ke pihak pengurusan yang tertinggi.
Habis semua yang terlibat dalam pengurusan kena marah. "Kenapa boleh jadi sampai begini teruk keadaan nya?" Lalu staff kat situ ada yang angin dengan tindakan aku. Macam boikot jugak la. Yang penting aduan dilayan. Hidup agak selesa sampai habis kat situ. Tapi bila ada menteri nak buat visit laju sungguh upgrade nye. Haha.
So Azizulhasni, you're not alone.
Biasa dah situasi gini cuma aku bukan sehebat pocketrocketman.
Aku cuma pocketwilcaman

Haha.

p/s: Tahniah Azizulhasni berjaya dapat pingat gangsa dalam sukan Olimpik Rio 2016


No comments:

Post a Comment