Menu

Luahan Cita - Cita Tak Kesampaian

Zaman aku belum sekolah dulu bila orang tanya cita-cita mesti aku cakap nak jadi doktor. Sebab dulu banyak sangat tengok cerita ER. Nak selamatkan nyawa orang dengan nak cari punca penyakit aku ni. Tapi bila fikir balik aku jalan lambat. Kang tak sempat nanti patient mati pulak. Haha.
Bila dah sekolah rendah aku berangan nak jadi graphic designer. Buat kartun. Sebab masa tu ada banyak kartun. Silat Lagenda, Yokies (kartun family telur) Keluang Man dan macam2 lagi. Tapi tak reti melukis. Tangan keras. Lupakan.
Awal Sekolah menengah. Aku takde cita cita. Masa tu mak suruh jadi ustaz sebab budak sekolah agama. Tapi start form 3 mak aku dah nampak aku ni kaki rebel. Tak sesuai jadi ustaz yang lemah lembut dan sopan santun.
Lepas form 3 akibat result yang di luar jangkaan dapat offer untuk masuk aliran sains tapi sebab sekolah jauh, aku matikan je minat dalam sains. Setahun jugak merana. Ambik sijil menengah agama dalam terpaksa. Ramai kawan aku pindah pegi sekolah sains.
Form 5 belajar akaun dalam keadaan blank sebab form 4 tak belajar betul. Nasib baik ada cikgu yang garang tapi power menyelamatkan aku sampai akhirnya dapat A dalam akaun. Haha.
Isi borang upu. Main isi je asasi undang2 uia..asasi undang uitm..tamhidi undang2 usim. Sebab masa tu aku macam nak buktikan kat sorang cikgu ni aku boleh survive walaupun dia tak yakin dengan aku punya kebolehan untuk survive suasana normal.
Masuk uia. Sampai final sem aku tak tau lepas ni aku nak buat apa sampai aku jumpa lecturer semua lecturer aku cakap 'saya tak nak jadi lawyer la sir/madam.'
Most of them will respond 'why not?' Termasuklah mak aku sekali. Cuba dulu. Lepas tu tengok la boleh tak. Dari situ Allah bagi kekuatan untuk hadap 9 bulan yang gila yang betul menguji fizikal dan mental.
Tup Tup dah habis. Haha. Sekarang tengah tunggu tarikh diisytiharkan sebagai peguam.
Sampai sekarang aku terfikir. Kerja gila apa yang aku dah buat? Maka pesan aku buat sesiapa yang dilanda masalah / musibah 'berjalan di atas takdir dengan senyum kerana mungkin satu saat kita akan jumpa pelangi.



No comments:

Post a Comment