Menu

Salah Ke Bila Gaji Rendah?

Salah Ke Bila Gaji Rendah? | Gaji. Benda yang pertama muncul dalam kepala otak budak fresh graduate sebaik sahaja bila ditemuduga. Kena ingat zaman sekarang ni kalau kau pandai macam mana pun tapi bila skill kau takde jangan harap nak dapat kerja. Sudah lah kekosongan takde, skill kau pun kurang maka bertambah susah la nak dapat kerja.

Bila dah dapat kerja tapi gaji tak seperti yang diharapkan maka akan tiba satu perasaan down sebab ia tak seperti yang diharapkan. Dalam hati akan kata "Eh aku dah ada degree tapi gaji ciput gini?". Serius. Kalau aku jumpa golongan macam ni depan mata memang aku tumbuk je terus.

Kenapa?

Sebab aku ni seorang Orang Kurang Upaya (OKU) . Kau tau tak kalau OKU je agak susah company nak terima kerja. Kadang2 nature of work tu tak sesuai untuk aku yang perlukan aku bergerak ke sana sini instead of duduk opis. Dah tu bila dah nama OKU tu mesti la ada kemudahan yang sesuai dengan keadaan untuk memudahkan kerja kat opis tu. 

Toilet. Kalau toilet kecik wheelchair tak muat nak masuk nak pegi toilet macam mana kan? Kalau workstation sempit tak boleh nak masuk wheelchair macam mana? Lagi satu bila bos suruh outstation lagi la tak boleh. Suruh jumpa client ke apa untuk sign dokumen. Masak. Tak semua orang faham keadaan OKU ni. Bos pun serba salah nak ambik kerja. Walaupun ada skill dan knowledge tapi agak limited kerja yang boleh dibuat. 

Rugi lah dia. Sapa nak rugi? Sebab tu susah nak ambik OKU bekerja. 

See? Bersyukur lah yang dah dapat kerja walaupun gaji rendah. Tengok kami yang OKU ni ada lagi yang duk jual tisu tepi jalan untuk tampung kehidupan. Nasib baik la aku ada skill nak menulis sikit2 boleh la bukak blog. Dapat la jugak jana pendapatan sikit2. Yang penting kau usaha. Ada duit. Tak mintak duit orang Pedulikan apa orang kata. Bukan diorang yang tentukan rezeki kita.



1 comment:

  1. asalkan kerja halal.. skt or byk gaji, itu bkn alasan .

    ReplyDelete