Menu

Kerana Kau Seorang Laki Laki

Assalamualaikum.

Lama dah aku tak menulis dalam laman blog yang indah lagi permai ni. Bukan apa kesibukan kerja menghalang aku dari terus membebel kat sini. Banyak perkara untuk aku kongsi tapi masa tu sangat mencemburui.

Tadi aku ada baca pasal luahan seorang lelaki yang baru kahwin yang mana syarikat tempat dia kerja tengah ada problem. Ada masalah sikit dengan gaji dan duit simpanan pun dah habis buat belanja kawin. Tambah perit duduk tengah KL yang kita sedia maklum kos sara hidup sangat tinggi.

Bayangkan baru kahwin tiba2 syarikat ada masalah.
Duit dalam simpanan cuma berbaki RM 280 sebab duit dah habis buat belanja kahwin.

Kesan nya?
Jadi stress. Bila terpaksa kerja lebih kuat untuk sara keluarga demi untuk stabilkan ekonomi rumah.
Hubungan dengan family jadi agak renggang sebab tak boleh jenguk selalu.
Yang paling teruk sekali kena berhutang kalau dah terdesak sangat kalau ada kecemasan ke apa.

Tapi lelaki tu pesan, seorang lelaki kena kuat.
Hidup atas dunia ni ujian buat kita,
Ingat balik tujuan kita hidup atas dunia.
Sebagai bekal untuk ke alam akhirat nanti.
Yang tu aku rasa insaf.

Deep sangat.


No comments:

Post a Comment