Menu

Terima kasih, Nurse !

Masa aku masih lagi bayi dan seberat 1.1 kg, hospital tu dah jadi rumah kedua.

2 bulan duduk sepital hari2 nurse yang jaga. Maklum lah budak tak cukup bulan banyak kerenah dia. Ditambah pulak mak aku sakit lepas aku keluar. Tu yang nurse jaga di samping mak cik yang datang yang jaga aku sekali. Nurse tu pun sampai kenal dengan mak bapak aku.

Bila aku nampak nurse dok kalut pastikan patient selamat dalam kebakaran hospital kat Johor tu jadi teringat kenangan aku dengan nurse. (Masa tu tak tau lagi nak ngorat nurse comel la. Huhu)

Terima kasih buat semua nurse tak kira yang comel atau yang garang yang bertungkus lumus memastikan pesakit dalam keadaan yang baik.

Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat. 
Al-Fatihah buat yang terkorban.


No comments:

Post a Comment