Menu

4 sebab kenapa rakyat Malaysia kerja kat Singapura?


Sebelum ni aku ada cerita pasal gaji cleaner RM 4500 sebulan kan? Boleh rujuk kat sini 

Kali ni aku nak cerita apa 4 sebab kenapa rakyat Malaysia kerja kat Singapura ni. Okay, jom kita baca satu-satu apa yang aku tulis kat bawah tu.


1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang





Singapura ni sebuah negara yang maju. Kedudukan ekonomi diorang sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, kalau gaji korang berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan yang korang dapat ialah RM2,600, tetapi sekarang, kalau gaji korang masih SGD 1,000.. pendapatan dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tak payah tunggu majikan naikkan gaji, ikut je nilai matawang semasa.


2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!


Korang mesti  pernah dengar pasal kerja petik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu... gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, nak kerja di Austarlia, maka korang kena tinggal kat Australia juga. Akhirnya tinggi jugak kos sara hidup.



Kerja di Singapura, korang masih boleh menetap di Malaysia walaupun bekerja kat sana. Kos sara hidup rendah, tetapi gaji tinggi!




3. Mudah Berpatah Balik!


Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Korang mungkin akan "dijual" oleh agen malahan ada juga majikan yang tak nak bayar gaji seperti yang dijanjikan! Kalau semua benda ni terjadi, maka, korang nak patah balik dan pulang ke Malaysia sangat susah dan complicated. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia je dah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, terpaksa lah merempat di negara orang.


Kalau bekerja di Singapura, dan terjadi apa-apa... cuma naik bas dan bayar tambang kurang dari RM50 untuk balik semula ke Malaysia. 


4. Sah & Kurang Risiko!


Apabila korang bekerja di Singapura, korang akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). korang kenal majikan dan ada dokumen perjanjian. Sekaligus akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan. 



Tak ada isu majikan tak membayar gaji macam yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Bila korang berkerja bekerja tanpa permit, pihak majikan berani tak bayar gaji kerana mereka tahu, korang tak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tak ada permit kerja. Kalau buat report pun diorang tak peduli sebab korang dikira pendatang haram.

Dah, cukup setakat tu dulu, Nanti aku cerita lagi pasal buku panduan bekerja kat Singapura pulak. Nak tau lebih info pasal kerja kat singapura ni boleh klik banner yang ada kat dalam ni.


No comments:

Post a Comment