Menu

5 langkah menuju financial freedom

Dalam masa ekonomi gawat ni semua orang sibuk bekerja untuk hidup. Tapi kadang2 kita lupa kalau hidup terlampau sibuk sangat dengan kerja kang boleh mati dalam stress. Kesian tu. Tak dapat merasa duit hasil kerja keras sendiri.

Dah, meh aku share tips menuju ke arah status kewangan yang sihat. Financial freedom orang kata.

1. Menyimpan setakat yang termampu setiap bulan. Paksa diri untuk simpan. Tolak secara automatik dari gaji masuk dalam satu akaun lain. Sikit pun jadi la. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

2. Ambik plan perlindungan. Masa tengah sihat ni la. Mana tau nanti kalau tiba tiba sakit. Senang bila dah ada cover ni. Tapi kena baca dan faham betul2 la. Jangan pakai hentam je. Nanti jadi apa-apa susah. Untuk lebih details baca sini. 



3. Join pelaburan. Sekarang ni banyak je pelaburan yang sah di sisi undang-undang dan syarak. Mana tau tiba-tiba kena buang kerja ke apa at least ada sikit back up simpanan dan pelaburan. Ini ada contoh pelaburan yang boleh kita join 

4. Displin. Hati kena kental. Simpan duit ni kena konsisten gitu. Jangan hangat-hangat tahi ayam je. Kalau boleh sesekali reward diri sendiri atas kerajinan kita menyimpan.

5. Fikir panjang. Ada yang tanya buat apa nak simpan duit? Bukan boleh bawak mati. Ye betul. Tapi sementara nak tunggu mati tu kena ada simpanan bekalan hidup atas dunia.

Dah tu je nak share. Semoga dengan poket yang sihat hidup kita lebih tenang.


No comments:

Post a Comment