Menu

Eh, kau oku rupanya..

Diberitakan budak yang pukul mak nya beberapa hari lepas tu seorang oku.

Autism.

Memang kau kena ada kekuatan luar biasa fizikal dan mental untuk handle manusia semacam budak istimewa ni. Sebab ada masa dia akan bertindak agresif. Kalau kau rajin tengok instagram Zarina Zainudin nanti kau faham. Anak dia ada autism.

Tu belum lagi kau berhadapan dengan mulut orang,
"Eh ye ke oku ni? Tak nampak macam oku pun." Nampak normal tapi tak. Macam aku ni pun bila tak duduk atas wilca orang ingat aku bukan oku. Pernah orang tetiba suruh aku bangun. Gila kau pakai blazer siap tie tetiba oku pulak.

Haha. Mungkin diorang itu selalu sangat membayangkan oku tu perlu terlantar atas katil, jalan senget begitulah. Jadi bila nampak oku tu bertindak macam orang yang bukan oku ia jadi satu keanehan yang tidak diterima dek logik akal.

Hanya emak je yang faham betul. Orang lain mungkin ada tapi susah nak cari yang boleh tahan karenah oku ni. Kau ingat budak autism yang tengah mengamuk gitu boleh ditenangkan gitu je? Silap weh. Kalau tak biasa boleh tercampak. 

Tu la aku kata...cuma insan yang nama dia emak je mampu bertahan. Orang nak kata apa kata lah, yang dia tahu budak cacat tu anak dia. Yang kau tau guna parking oku dahtu sibuk hisap rokok dalam toilet oku.
Haih.



Semoga Allah merahmati mak Timah dan seluruh manusia yang bersusah payah jaga makhluk istimewa ni.

P.s: orang selalu cakap oku tu anak syurga. Doakan aku betul-betul masuk syurga tau walaupun aku degil nya masya Allah.

No comments:

Post a Comment